Tahun 2004 banyak perkara telah berlaku di dalam hidup aku dan ianya bercampur-baur di antara suka dan duka, manis dan pahit serta dalam rela atau pun terpaksa. Aku terus bertambah usia tapi terasa sedikit pencapaian yang aku perolehi. Dan yang paling terasa dalam hati ini ialah satu kesunyian yang tak dapat terungkap pada sesiapa pun. Pada siapa harus aku berkongsi kesunyian ini. Sudah masuk 27 tahun aku hidup di dalam dunia ini tapi aku masih tidak mempunyai dan dipunyai oleh sesiapa. Gasak laa kalau korang kata aku nih POYO tapi aku peduliksss apa. Janji aku jujur dengan diri sendiri dan jujur pada teman-teman. Kalau cerita manis-manis tapi terselindung hempedu pun apa gunanya. Terasa ingin ku putar kembali saat-sat manis dan indah tapi apakan daya aku hanyalah insan kerdil (walau pun besar :p) tanpa apa-apa kuasa ajaib macam doraemon. Ternyata kita harus dan terus melangkah ke hadapan walau apa pun yang berlaku. Sama ada suka atau pun tidak kita harus memberikan usaha yang terbaik kerana dengan usaha yang terbaik tahap dewata raya pun kalau Allah tidak mengizinkannya pun ianya tidak akan terlaksana.
Teman datang dan pergi, begitulah seterusnya pada tahun 2005 tapi jauh di sudut hati ini aku tetap bersyukur kerana mendapat peluang mendapat ramai kawan-kawan baru berbanding kawan-kawan yang pergi. Di tinggalkan atau meninggalkan seseorang kadangkala bukanlah dalam rela tapi mungkin di saat dan waktu itu hanya itulah jalan penyelesaian yang terbaik untuk semua pihak, yang penting tiada dendam kesumat yang menghantui perjalanan.Aku panjatkan puji-pujian padaNya kerana dengan izinNya aku telah pun melalui 2004 walau dengan rahmatNya. Namun sifat manusia yang sering lalai.......
Kepada kawan-kawan yang ada, harapan ku agar dibenarkan aku bertapak didalam hatimu kerana aku kena mengaku tanpa rakan-rakan aku akan goyah dan tak mustahil akan tersungkur.Kalau tak tidak mengapa, mungkin perjalanan ini milik aku seorang dan akan seterusnya begitu. Jangan dipandang kepada yang gembira dan jangan dinilai pada yang menangis...kerana kita hanyalah pelakon........
Terima kasih pada yang sudi memahami diri ini....aku amat menghargainya....Wassalam.
2005 Let We Begin...........
No comments:
Post a Comment